header ads

Hati-Hati Laman Web Bank Palsu Ini Nasihat Daripada Maybank

 Kegiatan scammer semakin menjadi-jadi, baru-baru ini mereka telah meniru paparan laman web Maybank2u. Jika kita lihat sekali imbas laman web palsu tersebut hampir sama dengan lama asal. 

Laman web seperti ini dikenali dengan laman web 'phishing'.

Kebiasaannya laman web palsu seperti ini diwujudkan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi seperti nama pengguna (username) dan kata laluan pengguna laman web asal.

Risiko kepada pengguna yang telah log masuk ke laman web palsu ini adalah berkemungkinan pihak scammer akan melakukan transaksi daripada akauan kita atau dalam bahasa mudah mereka curi duit daripada akaun kita.

Malah mereka turut memasang SSL Certifacate yang memaparkan 'https://' pada laman palsu mereka. Ini adalah salah satu cara mereka untuk mengelirukan pengguna.

Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah dan pengguna keliru, pihak Maybank2u telah memberikan beberapa tips untuk memastikan semua pengguna laman web mereka tidak tertipu.

Hati-Hati Laman Web Bank Palsu Ini Nasihat Daripada Maybank

Hati-Hati Laman Web Bank Palsu Ini Nasihat Daripada Maybank

1. Untuk memastikan anda tidak tertipu pastikan anda menaip alamt 'URL' penuh pada browser anda iaitu www.maybank2u.com.my



2. Sekiranya anda ingin membuar carian di Google Search, pastikan anda menaip perkataan 'Maybank' atau 'Maybank2u'. Sebelum klik masuk ke laman web pastikan anda periksa URL tersebut adalah yang asli.



3. Sekiranya anda salah seorang pengguna yang menjadi mangsa laman web palsu dan telah mendedahkan butiran untuk log masuk ke Maybank2u, anda perlu menghubungi pihak Maybank dengan segera di talian 03-5891-4744.


Berikut adalah pesanan daripada pihak Maybank di akaun Facebook mereka.


Selain itu pihak Maybank juga menasihatkan kepada semua pengguna mereka agar tidak terpedaya dengan sebarang promosi atau kempen yang menggunakan nama Maybank untuk mengelirukan orang ramai. Untuk maklumat lanjut sila baca di link ini https://www.facebook.com/Maybank/posts/4235933789772751

Namum saya telah membuat tinjauan dan mendapati laman web 'phishing' atau palsu tersebut sudah tidak beroperasi. Walaupun begitu URL laman web mereka masih ada di laman carian Google.

Untuk keselematan kita semua pengguna perbankan online, saya nasihatkan supaya kita lebih berhati-hati apabila melakukan sebarang urusan transaksi diatas talian pada masa akan datang.

Sentiasa mengikut nasihat keselamatan yang disampaikan oleh pihak perbankan anda.

Post a Comment

0 Comments